AROMATERAPI
Istilah aromaterapi sebenarnya terdiri daripada dua perkatan yang membawa maksud yang amat besar.Perkataan Aroma adalah membawa maksud BAUAN atau HARUMAN,manakala terapi dalah membawa maksud RAWATAN.Aromaterapi merupakan perawatan menggunakan pati minyak bunga-bungaan dan tumbuhan untuk membantu memperbaiki kesihatan,membangkitkan semangat,membangkitkan keghairahan,menenangkan jiwa dan merangsanagkan penyembuhan.
BAGAIMANAKAH AROMATERAPI BERFUNGSI
Menurut Dr Alan HUxck (Pakar Neurologi Psikiatri dari Pusat Penelitian Deria dan Rasa di Chicago),bau mempunyai pengaruh secara langsung terhadap otak manusia.Didapati bahawa hidung kita berkemampuan untuk menangkap lebih daripada 100000 bau yang terdapat dipersekitaran kita.Ia berlaku tanpa kita sedari.
Bauan tersebut akan mempengaruhi otak yang berkaitan dengan mood (suasana) ,emosi,ingatan dan pembelajara.Contohnya dengan menghirup aroma lavender. ia akan membantu kita untuk berasa relek dan tenang.
Teori bagaimana Aromaterapi berfungsi
*Minyak diserap melalui kulit dan dialirkan melalui darah.Penagliran darah keseluruh tubuh akan memberi kesan kepada organ-organ tertentu ataupun fungsi badan.Pakar-pakar terapi menyatakan bahawa terdapat banyak minyak pati yang mempunyai satu kesan anti radang yang membantu menyembuhkan penyakit artritis dan kesakitan otot.Minyak lain ynag boleh membantu dengan masalah pernafasan atau menghalang atau menghalau jangkitan penyakit dengan membantu meningkatkan sistem imun anda.
*Berkaitan dengan deria bau anda.Apabila menghidu sesuatu bau,bau tersebut akan terus berhubung dengan otak.Makanan,bunga-bungaan,wangian dan tanaman membebaskan molekul-molekul kecil kepada udara dan merangsang sel-sel saraf bau anda(olfaktori).Sel-sel itu menghantar satu pesanan untuk otak anda untuk menafsir bau tersebut.Kemudian bau tersebut bertindakbalas didalam badan secara fizikal dan emosi.Contohnya bau boleh mengubah kadar pernafasan dan membuat anda berasa tenang dan teruja.Oleh kerana minyak pati boleh merangsang deria hidu anda,jadi ini adalah salah satu proses yang penting dalam aromaterapi.
No comments:
Post a Comment